Za’ba-Ahli Fikir Dan Ahli Bahasa
oleh Asmah Haji Omar
Penerbit - Dewan Bahasa dan Pustaka
Kategori - Akademik Am
Za'ba pernah berkata, "Pekerjaan yang saya gemar sekali ialah mengarang, menulis." Kerjayaanya sebagai guru dan pegawai pelajaran menjadikan Za'ba ahli bahasa Melayu ulung yang meletakkan peraturan-peraturan asas dalam nahu dan fonologi (melalui ejaan Jawi dan Rumi) Melayu. Kupusannya yang mendalam mengenai gejala-gejala masyarakat serta sikap dan perilaku manusia di dalamnya berlandaskan konsep-konsep yang tersimpul dalam kata dan ungkapan yang ada dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Buku ini menelusuri pertumbuhan dan perkembangan kegemarannya itu sejak beliau masih kanak-kanak lagi hinggalah beliau menghasilkan karya-karya unggul dalam bentuk buku dan makalah.
Sila login untuk meminjam buku.