Buku sedia untuk dipinjam.

( 1 / 1 unit )

Tempoh pinjaman (hari): 7




Nota Pewaris Jutawan

oleh Muhabir bin Ibrahim

Penerbit - Aplusteamwork

Kategori - Motivasi

Apabila bonda saya meninggal dunia pada 28 November 2008, saya mengambil tanggung jawab untuk menguruskan harta pusaka yang beliau tinggalkan. Proses pembahagian harta pusaka arwah bonda tidaklah begitu sulit, namun banyak dokumen yang perlu disediakan. Saya juga perlu berhubung dengan semua adik beradik yang tinggal di berlainan negeri. Akhirnya, semuanya dapat diselesaikan dan harta pusaka yang diwariskan kepada kami dapat disempurnakan. Daripada proses inilah saya menemui beberapa rahsia harta pusaka yang arwah bonda saya tinggalkan untuk anak-anaknya. Semasa diberi tahu oleh pegawai di Unit Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka, saya termenung seketika. Hati saya menjadi sangat terharu bercampur sayu kerana diberitahu seorang wanita yang buta huruf mampu meninggalkan harta warisan bernilai jutaan ringgit. Saya merasa kagum. Lebih membanggakan lagi, wanita tersebut ialah arwah bonda saya sendiri. Saya menangis di dalam hati. Hidup mesti diteruskan. Saya menulis buku ini dengan tujuan untuk berkongsi dengan anda apa yang telah saya lakukan ke atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah bonda saya. Jika saya berjaya melakukannya dengan baik, sudah tentu anda mampu melakukannya dengan lebih baik lagi. Jika sebaliknya, mungkin buku ini tidak perlu ditulis sama sekali. Masa sedang berlari laju, mari kita lakukan sekarang...

Sila login untuk meminjam buku.