IQRA' Membangunkan Potensi Diri Melalui Amalan Dan Disiplin Membaca
by Yusni Yussof
Publisher - Trans Horizons Media
Category - Motivation
Tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menyedari dan memahami kepentingan membaca di dalam kehidupan. Membaca merupakan satu proses, kemahiran dan kaedah di dalam kita mendapatkan maklumat dan ilmu. Dengan maklumat dan ilmu yang diperolehi maka cara kita berfikir, membuat keputusan , bertindak dan mengenalpasti peluang akan menjadi bertambah baik. Di samping itu, kebolehan untuk membaca membolehkan seseorang untuk terus berada di dalam proses pembelajaran sepanjang hayat dan akan membuka lebih banyak peluang dan potensi untuk kita berjaya di dalam kehidupan.
Buku ini akan membina kesedaran dan kefahaman para pembaca tentang betapa pentingnya amalan membaca di dalam kehidupan. Antara tajuk-tajuk yang dikupas di dalam buku ini;
Memahami budaya Iqra’
Kisah-kisah inspirasi tentang kejayaan tokoh-tokoh lalu yang berjaya menerusi disiplin membaca yang kuat.
Bagaimana amalan membaca akan membangunkan potensi diri seseorang
Kemahiran dan teknik untuk memperkukuhkan amalan membaca
Kepentingan dan kelebihan membaca pelbagai bentuk bahan bacaan
Please login to borrow the book.