Filantropi Islam dan Wakaf di Malaysia
oleh Muhammad Hisyam bin Mohamad & Nur Syahidah binti Abdul Jalil
Penerbit - Institut Kefahaman Islam Malaysia
Kategori - Islam
Buku ini membicarakan tentang konsep kedermawanan, wakaf korporat dan peranan-peranannya dalam dunia Islam. Dua bab awal membicarakan sumber asal pensyariatan dan jenis-jenis kedermawanan dalam Islam. Huraian tentang wakaf korporat dimulakan dalam bab ketiga. Ia mengupas konsep wakaf korporat dan struktur modelnya di Malaysia dan beberapa negara Islam. Ini diikuti bab keempat yang membincangkan elemen-elemen utama dalam perwakafan korporat. Bab kelima pula menyentuh peranan Wakaf An-Nur Corporation dan Tabung Wakaf Indonesia dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam di Malaysia dan Indonesia. Peranan institusi wakaf dalam pembangunan kesihatan masyarakat pula disentuh dalam bab keenam. Manakala dua bab terakhir mengenalpasti faktor-faktor yang perlu diberi keutamaan bagi menjayakan wakaf korporat di Malaysia.
Sila login untuk meminjam buku.