Buku sedia untuk dipinjam.

( 1 / 1 unit )

Tempoh pinjaman (hari): 7




Bidadari Sang Khalifah

oleh Elbi

Penerbit - ABI YAZID BIN TUKIRAN

Kategori - Romantik

Kisah romantis di kampus bercorak sains dan islami. Perjalanan hidup Nik dan Diana hingga mereka disatukan tatkala masih bergelar siswa.

Bimbingan pensyarah :

"Nik, believe me,...in our weaknesses, Allah has created a path that enable us to get an exceptional strength. Look at Prophet Moses, he has some difficulties in talking with human being. But you know, Allah bestowed him with a very special gift. He could speak directly with Allah."

Indahnya cinta halal di kampus :

Tidak semena-mena Nik tertoleh ke arah Diana. Pandangan mereka bertembung. Agak lama. Perlahan-lahan Diana mengukirkan sebuah senyuman yang sungguh manis kepada bakal suaminya. Tidak pernah Nik menyaksikan senyuman sebegitu indah dan bermakna dari ulas bibir Diana yang merah merekah. Senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas. Penuh dengan cinta, kasih sayang, kesetiaan, pengharapan, dan kejujuran. Cukup ramuannya. Biasanya orang mengatakan, out of the fullness of the heart, the mouth speaks. Kini Nik menyaksikan, even before the mouth could speak, the lips spark what is dancing in the heart.

Gurauan di bilik kolej kediaman :

"Oii! Mesti. Auricle kanan untuk letak nama isteri pertama. Auricle kiri untuk letak nama isteri kedua. Ventricle kanan untuk..." Rudi tidak sempat menghabiskan lawaknya. Bahunya menjadi sasaran fail Mohammad. "Cis." Mohamamad ketawa dalam geram akibat dipermainkan Rudi. Nik turut menikmati jenaka Rudi. "Habis tu jantung orang perempuan lain?" "Sama saja. Ada empat chambers. Yang pertama untuk letak nama suami. Yang kedua untuk letak tarikh lahir suami. Yang ketiga untuk makanan kegemaran suami. Last sekali untuk nombor handphone suami." Ketawa Rudi semakin kuat.

Sila login untuk meminjam buku.