Bebas Tekanan Darah Tinggi Sepanjang Hidup Dengan Terapi Herba
by N Kolis Dewangga
Publisher - Jahabersa & Co
Category - Family & Health
Tekanan darah tinggi merupakan penyakit kritikal dan merbahaya. Pesakitnya berisiko mati disebabkan tekanan tersebut. Tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko kegagalan jantung, jantung koroner, dimensia, kerosakan ginjal, strok dan kebutaan.
Tekanan darah tinggi tidak menunjukkan tanda atau simptom khas. Oleh kerana itu, ia disebut sebagai “pembunuh diam-diam” (silent killer). Dianggarkan satu dari setiap empat orang penghidap tekanan darah tinggi tidak mengetahui bahawa dirinya mengalami tekanan tersebut. Oleh itu, kita berada dalam risiko yang serius tanpa kita sedari. Disebabkan penyakit tersebut menyerang secara senyap, ia boleh mengancam nyawa.
Buku ini menyediakan jawapan berkisar:
• Proses berlakunya tekanan darah tinggi
• Klasifikasi penyakit tekanan darah tinggi
• Gejala penyakit tekanan darah tinggi
• Faktor penyebab penyakit tekanan darah tinggi
• Faktor risiko penyakit tekanan darah tinggi
• Herba untuk mencegah dan mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
Belajar mengenali tekanan darah tinggi merupakan cara terbaik untuk mencegah dan mengubati penyakit tersebut. Oleh itu, buku ini dapat dijadikan panduan lengkap anda untuk mengetahui tentang tekanan darah tinggi bagi memulakan kehidupan baru yang lebih sihat.
Please login to borrow the book.