Buku sedia untuk dipinjam.

( 1 / 1 unit )

Tempoh pinjaman (hari): 7




Gunung Emas

oleh Haji Abdul Halim Taib / Fatimah Zaharin Saidin

Penerbit - Haji Abdul Halim bin Taib

Kategori - Sejarah

Setelah mengalahkan angkatan tentera Bersekutu British, tentera Jepun menduduki Malaya dan Singapura selama tiga tahun sembilan bulan (1942-1945). Jepun menghantar pakar-pakar Geologi ke Malaya untuk mengkaji sumber asli yang boleh diterokai untuk dibawa balik ke Japan sebagai bahan mentah. Pengkajian ini diketuai oleh seorang pakar geologi Jepun bernama Hiroshi Yamada. Dalam pengkajiannya Yamada menemui pamor raksaksa di daerah Ulu Kelantan yang kaya dengan deposit emas dan uranium. Pamor ini, dikenali oleh Yamada sebagai ìNaga Emasî dan mengunjur dari kawasan selatan Thailand di utara sehingga ke sempadan Johor/Pahang di selatan. Yamada tidak sempat menyerahkan laporan kajiannya kepada pihak pemerintah tentera Jepun kerana Jepun menyerah diri secara mengejut apabila bom atom digugurkan ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Yamada menyembunyikan laporan projek Naga Emas ini di dalam sebuah gua di Ulu Kelantan. Laporan rahsia ini kemudian menjadi rebutan antara pihak kerajaan Malaysia, individu yang tamakan kekayaan, dan sebuah kumpulan jihad dari selatan Thailand. Kerajaan Malaysia menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang diketuai oleh Dr. Razif Zakri untuk menjejaki laporan ini. Pasukan petugas khas ini mengunjungi ke Japan dan menemui Hiroshi Yamada dalam persaraan di sebuah perkampungan di kaki Gunung Fuji. Yamada dengan rela hati menyerahkan kepada wakil Pasukan Petugas Khas Malaysia arahan-arahan sulit untuk menjejaki laporan Naga Emas yang tersembunyi di Ulu Kelantan. Semasa Yamada tinggal di perkampungan Orang Asli di Ulu Kelantan untuk menjalankan pengkajiannya, dia berkahwin dengan seorang wanita Orang Asli anak Tok Batin kaum Mendriq dan mendapat seorang anak lelaki. Semasa bayi ini berumur enam bulan Yamada diarah pulang ke Japan bersama dengan askar-askar Jepun yang sedang berundur dari Malaya pada ketika itu setelah Jepun menyerah diri. Bayi ini diserahkan kepada kawannya Datuk Manan pegawai daerah Gua Musang untuk dipelihara sebagai anak angkat. Datuk Manan menamakan bayi ini Razif Zakri. Dr. Razif Zakri Ph.D., kemudian meningkat menjadi seorang penjawat awam yang terkemuka dan dilantik mengetuai perbadanan PEREMAS, sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan deposit emas dan uranium yang dijumpai Yamada di Ulu Kelantan. Setelah empat dekad berpisah, akhirnya Yamada menemui anaknya, Dr. Razif Zakri dan sahabatnya Datuk Manan di Gua Musang, Kelantan.

Sila login untuk meminjam buku.