Tekanan Darah Tinggi
oleh Dr Bruce Miller
Penerbit - Oak Publication Sdn Bhd
Kategori - Akademik Am
Tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang amat jahat. Ia bertindak sebagai pembunuh senyap yang menyerang badan anda tanpa sebarang gejala sehingga ia sudah terlambat. Secara diam-diam dan tidak henti-henti, penyakit ini melusuhkan dan melemahkan arteri-arteri kecil dan besar dalam badan anda. Jantung anda mula membesarkan saiznya untuk mencuba menolak darah melawan tekanan ini. Dalam proses ini, jantung mula mengalami keletihan. Ini menandakan bermulanya kegagalan jantung kongestif, dan buah pinggang menjadi bercalar dan mengecut.
Tetapi tiada orang yang mati kerana tekanan darah tinggi! Mereka mati kerana penyakit-penyakit lain yang dirangsangkan atau diburukkan oleh tekanan darah tinggi, seperti serangan jantung, strok, kegagalan jantung dan angina. Tekanan darah tinggi juga menghalang anda daripada menikmati kualiti hidup. Ia boleh merosakkan penglihatan anda, menyebabkan kegundahan, pening-pening waktu pagi, pitam-pitam dan telinga berdering.
Berita baiknya ialah hampir 90% tekanan darah tinggi boleh dikawal atau dicegahkan dengan diet, makanan tambahan dan beberapa pengubahsuaian pada gaya hidup. Inilah isi kandungan buku kecil ini!
Buku Dr. Miller ini memberi anda maklumat yang diperlui. Dengan itu anda dapat menentukan untung nasib anda. Maklumat dan nasihat yang terkandung dalam buku ini merupakan kunci bagi mencapai kehidupan yang lebih sihat, lebih gembira dan lebih sejahtera!
Sila login untuk meminjam buku.