Dialog Antara Agama: Panduan dan Perspektif Islam
oleh Penyunting: Enizahura Abdul Aziz
Penerbit - Institut Kefahaman Islam Malaysia
Kategori - Islam
Dalam interaksi antara penganut agama, dialog sememangnya
boleh dijadikan satu medium penting untuk memahami perspektif agama
masing-masing tentang sesuatu isu yang dibincangkan. Dialog
boleh bertindak sebagai jambatan yang dapat menghubungkan perbezaan
dan keragaman hidup bermasyarakat. Walaubagaimanapun,
pendekatan dialog antara agama ini tidaklah melibatkan pengiktirafan
kepada kesamarataan antara semua agama kerana sangat jelas bahawa
terdapat perbezaan yang asas dalam aspek aqidah dan syari’ah
bagi setiap agama dan sememangnya tidak boleh didialogkan. Oleh
kerana itu, aktiviti dialog yang diusahakan ini adalah berbentuk ‘dialogue
of life’ atau dialog berkaitan aspek-aspek tertentu kehidupan
seperti alam sekitar, rasuah, jenayah dan juga tanggungjawab kekeluLayout
Buku Dialog Antara Agama.indd 7 6/5/15 11:23 AM
Dialog Antara Penganut Agama: Panduan dari Perspektif Islam
viii
argaan. Pemahaman yang terbina melalui aktiviti dialog sebegini akan
menjadi satu usaha murni ke arah pembinaan masyarakat berbilang
bangsa dan agama yang lebih harmoni dan bersatu padu.
Hakikatnya, hari ini kita lihat bahawa dialog antara agama sudah
banyak diambil alih dan diterajui oleh kelompok liberal dan pluralis
yang membawa ancaman kepada pemikiran dan aqidah umat Islam di
Malaysia. Justeru, adalah penting bagi umat Islam untuk mendepani
agenda dialog ini berbekalkan ilmu pengetahuan yang mendalam dan
kefahaman Islam yang sebenar. Melalui penerbitan sebegini dan ruang
perbincangan seperti seminar dan muzakarah pakar yang diusahakan
oleh IKIM, diharapkan agar kesepakatan dapat dicapai bersama dalam
usaha meletakkan Islam di tempat yang dihormati. Semoga apa yang
terkandung di dalam buku ini akan dapat dimanfaatkan dan dijadikan
panduan yang berguna kepada semua. Selamat menyusuri salah satu
jalan ilmu bersama terbitan terbaru dari IKIM ini.
Sila login untuk meminjam buku.