Buku sedia untuk dipinjam.

( 1 / 1 unit )

Tempoh pinjaman (hari): 7




Pengurusan & Pemuliharaan Alam Sekitar dari Perspektif Islam

oleh ABu Bakar Yang

Penerbit - Institut Kefahaman Islam Malaysia

Kategori - Islam

Sama ada kita sedar ataupun tidak, banyak fenomena yang berlaku di alam ini yang masih menjadi persoalan yang belum terjawab. Maka dengan itu manusia dengan segala kudratnya berusaha untuk mengkaji dan memahami fenomena-fenomena tersebut. Bagi yang beriman, alam ini adalah tanda-tanda Kebesaran Allah SWT yang telah menciptanya dengan penuh kesempurnaan demi untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri di samping dituntut untuk memelihara dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Maka untuk itu Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk menjadi pengurus dan pentadbirnya. Persoalannya, adakah manusia yang beriman itu telah melaksanakan tanggungjawab kekhalifahnnya dengan memakmurkan alam ini sebaik-baiknya ataupun manusia itu sendiri cuai dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan. Sejauhmana keberkesanan produk-produk tersebut perlu dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan? Dalam rangka mempromosikan gaya hidup sihat, usaha pembangunan dan penyelidikan perlu dirintiskan agar ia dapat dimartabatkan bukan sekadar berdasarkan testimoni semata-mata. Apakah cabaran mendepani dalam isu pemakanan halal dan hak-hak pengguna Islam untuk mendapatkan makanan halal serta berkhasiat? Semuanya dibahaskan dalam buku ini.

Sila login untuk meminjam buku.