Isu Dan Undang-Undang Alam Sekitar Di Malaysia
by Shamsuddin Suhor
Publisher - Dewan Bahasa dan Pustaka
Category - General Academics
Buku Isu dan Undang-undang Alam Sekitar di Malaysia memberikan gambaran secara umum kepada pembaca mengenai isu alam sekitar dari sudut perundangan, khususnya mengenai kawalan pencemaran di bawah undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan di negara ini. Turut disentuh ialah perkara asas bagi memahami sumber-sumber perundangan yang melibatkan alam sekitar, antaranya termasuklah Dasar Alam Sekitar Negara, sejarah dan perkembangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan mengurus dan mengawal pencemaran. Isu alam sekitar ini dipersembahkan dalam bentuk buku yang sesuai untuk dibaca oleh kelompok sasaran seperti pelajar pusat pengajian tinggi yang mengambil kursus undang-undang alam sekitar atau yang berkaitan dengan bidang pengurusan pencemaran alam sekeliling. Selain itu, buku ini juga sesuai dibaca oleh orang awam atau masyarakat umum kerana bidang alam sekitar sangat berkait rapat dengan manusia dan alam sekeliling dalam kehidupan seharian. Semua pihak memainkan peranan untuk memahami hubung kait dan kepentingan antara undang-undang dengan alam sekeliling.
Please login to borrow the book.