Jejak Monpus
by Zulaiha Paikon
Publisher - Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.
Category - General Novel
Mengisahkan Zahar, mahasiswa Sains Kaji Hayat, juga seorang pencinta serangga, menghadapi dilema apabila ulat bulu spesies Pus Pus kesayangannya, hampir pupus. Zahar perlu segera menyelamatkan spesies itu. Dia bernasib baik apabila menemui Monarch, ulat bulu spesies baru, di sebuah pulau terpencil. Zahar berjaya mencantumkan spesies Monarch dengan Pus Pus, dan menghasilkan spesies baru, Morgan.
Pada masa yang sama, Kampung Maju Jaya, kampung tempat Zahar tinggal, dilanda wabak. Penduduk kampung menuduh Zahar penyebabnya. Untuk membersihkan namanya, Zahar pun menyiasat. Dia akhirnya mengetahui bahawa wabak itu sebahagiannya berpunca daripada kilang kelapa sawit yang beroperasi di kampung itu. Zahar bertekad untuk mencari penawar. Dia bagaimanapun, terpaksa mengorbankan Morgan kesayangannya. Belum sempat penawar dihasilkan, bahan eksperimennya dicuri oleh Arifin, samseng kampung yang sangat memusuhinya.
Masalah akhirnya selesai apabila Arifin ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes penipuan dalam penjualan benih cambah sawit ‘haram’ serta pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation Berhad dan Felda Agriculture Services Sdn. Bhd.. Zahar meneruskan misi mencipta penawar, dan akhirnya berjaya menghasilkan MONPUS – sejenis racun serangga biologi. Hasil inovasinya itu, Zahar meraih anugerah dalam majlis Anugerah Produk Inovasi, UTM. Kejayaannya mencipta MONPUS juga menyatukan semula ibu dan ayahnya yang lama terpisah.
Please login to borrow the book.